Warung Kopi Klangz: Kenapa aku tak follow blog korang.

Tuesday 3 July 2012

Kenapa aku tak follow blog korang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)





Sebagai seorang yang habiskan hampir setiap malam berjaga dan mengadap komputer kerana insomnia, aku banyak habiskan masa dengan menonton Hawaiian Five-O. Minat plak aku tengok cerita tu. Sambil tengok tv, aku akan habiskan masa dengan berblog. Dari update post sampailah ke blogmarathon. Biasanya aku akan baca semua blog yang telah aku follow ( yang update je ) kerana tak guna jadi follower kalau tak singgah baca kalau dorang update.

Dari situ aku akan pergi ke blog- blog lain melalui shoutbox atau komen- komen blogger yang menarik minat aku. Aku rase aku boleh luaskan lagi pengetahuan dan info terkini. Pasal semua perkara. Tak terbatas. 

Aku seorang follower yang mudah terfollow orang, kalau tulisan best, kemas, dan entri menarik, aku akan follow. Tapi aku bukanlah jenis yang follow sebarangan, ada jugak blog yang aku tak follow walaupun dah baca blog dorang. Antara sebab musabab aku bertindak demikian ialah kerana

1. Blog tersebut terlalu jiwang, penuh gambar pakwe, cerita buat itu ini. Luah perasaan merajuk, tulis 'Benci die tapi aku sayang die' etc. Cukup geli lah dengan blog begini. kat dalam facebook group yang aku join penuh benda- benda gini. Aku tengok tajuk entri dah ke arah gitu, aku terus scroll ke bawah lagi.

2. Bersifat kebencian melampau. Semua orang dia nak benci. Maki semua, pemimpin negara, pembangkang, masyarakat, mak bapak sampai lah ke diri sendiri. Memang true haters la. Aku tak tau lah dia ni kurang kasih sayang atau memang dilahirkan dengan perasaan benci je. Nak baca blog macam ni pon aku dah naik benci.

3. Tulisan susah nak baca. Kecik nak mampus. Yang ni aku pantang, dah pandai menulis, jadilah penulis yang provide readernya kemudahan. Tulisan biar jelas dan terang. Tak perlulah sampai tulis italic, warna warni pastu kecik sebab nak nampak lawa. Cukuplah hiasan dalam blog yang sampai dah tahap nak raya tu. Nak menunjuk yang blog korang paling power make over ke?

Banyak lagi punca yang tak terluah dek kata- kata. Korang pon boleh tambah kat bahagian komen. boleh buat part 2.

4 comments:

  1. owh cmtu ye,psl tu la ssh nk folow blog org len kn.. ermm boleh blaja jgk ni..

    pape pun salam perkenalan, singgah sini coz tpikat ngn nama blog ni warungkopiklangz..

    -lov pn org klang- ^^

    ReplyDelete
  2. Betul, Saya sendiri kalau tulisan yang tersangat kecil dan penggunaan tatabahasa yang salah, contoh...itu menjadi itew...dan sebagainya...memang saya tidak akan terus membacanya. Apatah lagi untuk mengikut blog tersebut.

    ReplyDelete
  3. pendapat memasing...betul gak tu bro...paling xtahan blog utk luahan hati sendiri,frust,nak tunjuk harta dia byk etc...

    my blog juz photoblog...kalau sudi singgah la :)
    http://gambarankasar.blogspot.com/2012/06/putrajaya.html

    ReplyDelete
  4. blog warni warni penuh glitters..kakaka

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...