Warung Kopi Klangz: Hard Truth #3: Masyarakat Melayu yang Mistik dan Tahyul

Sunday 8 July 2012

Hard Truth #3: Masyarakat Melayu yang Mistik dan Tahyul

Tajuknya memang agak keterlaluan. But, sadly it's true. Maybe ada yang akan geleng kepala dan menidakkan, tapi itulah hakikat. 

Orang Melayu merupakan salah satu bangsa dari sebelah timur dunia yang mengamalkan nilai- nilai murni dan kesopanan. Walaupun kesopanan itu nampak dah makin berkurang dalam masyarakat. Ambil contoh golongan artis pon dah mengalahkan artis Hollywood berpakaian, perempuan berskirt ke pejabat dan lain lagi. Dari artis Azizah Mahzan sampailah ke artis muda macam Erina Malek. Hancur.

Okay, tapi kenapa pemikiran masyarakat Melayu masih kolot, malah lebih teruk lagi dari zaman tuk nenek kita dulu? Persoalan mistik dan alam ghaib sering dimainkan di media massa dan kedai kopi dan secara tak langsung menambahkan lagi rencah dan perasa dalam isu ini.

Kenapa masyarakat Melayu dikatakan mistik? Banyak jawapan dan hujah. Antaranya kita dari kaum yang memang mempunyai hubungan rapat dengan alam ghaib dan ilmu yang diperturunkan dari nenek moyang. Bapak aku sendiri pernah menjawab persoalan ini, dan aku rasakan adalah jawapan yang paling tepat. Bapak sendiri kan, mestilah bias. Jawabnya:

Masyarakat Melayu dulu sebelum kedatangan Islam tinggal di dalam persekitaran yang mencabar. Dalam hutan, atas gunung, dan kat mana je boleh hidup. Masa tu, hubungan kita dengan alam, amatlah kamceng sekali. Boleh berinteraksi dengan tumbuhan dan juga binatang. Banyak ilmu perubatan, berburu, survival skill yang diturunkan. Dan tumbuhan dan binatang yang berinteraksi tu kebanyakannya adalah golongan jin yang hidup sekali dengan kita. Harmoni. Namun kedatangan Islam telah mengubah kehidupan masyarakat Melayu dan hidup berdasarkan cara hidup Islam
beginilah agaknya kita di awal tamadun Melayu

Ambil contoh, bila aku cerita kisah aku terserempak dengan hantu, seorang kawan akan menambah, sambung cerita dia. Kemudian yang lain akan masuk, sampai dua, tiga jam. Paling pasti, mesti ada seorang kawan yang akan cerita nya paling hebat, dialah bomoh dan pawang terhebat, ilmunya paling tinggi. Semua hantu dia boleh lawan. 

Perkara itu biasa, namun apabila setiap kali pergi melancong, singgah di hotel, rumah tumpangan mahupun berkhemah. Akan timbul kerimasan bila si 'bomoh' memulakan cerita bahawa terdengar mahupun nampak sesuatu. Kadang- kadang pelik jugak, ilmu tak tinggi mane, solat pun lubang- lubang, tapi power yang amat. Yang ni aku akan rasa rimas dan serabut. 

Selain tu, persoalan pedamping dan saka. Pedamping dan saka ni adalah perkara yang pasti syirik. Tak ada satu ulamak pun yang mempersetujui bahawa kita boleh ada pedamping dan saka ini. Kerana jin dan syaitan ni adalah golongan yang suka menyesatkan dan kita ditegah untuk bersahabat, kerana tipu dayanya amat licik. Ilmu yang dikatakan bertukar menjadi haiwan untuk berdamping dengan tuannya jugak memang takde kesahihan. Malahan, memberi Al- fatihah pada setiap hari Jumaat untuk pedamping juga dilarang.

Ingatlah, walaupun ada jin nak berdamping, katanya Islam. Confirm ke yang jin tu betul- betul Islam? Ada ic tulis Islam? Ke sekadar tipu daya jin syaitan je. Fikirkanlah.

1 comment:

  1. Agak terasa sesiapa yg begelar bomoh..pedas dah ranggup ayat2 anda!hahahaha

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...