Warung Kopi Klangz: Baju Raya

Monday 9 July 2012

Baju Raya

Baju raya. Hari ini aku telah menempah sepasang baju melayu untuk dipakai semasa hari raya pertama tahun ini. Dah lama aku tak beli baju melayu. Sebab aku rasa satu pembaziran baju melayu banyak- banyak. Aku pon akan pakai time pergi sembahyang jumaat, kenduri tahlil dan kesyukuran juga pada majlis rasmi. Aku tak tau kenapa aku terlebih semangat untuk menyambut hari raya tahun ni. Semenjak dua tiga tahun ni, feel nak berhari raya dah semakin kurang. Faktor usia kot.

So, bagi menambahkan feel aku pada tahun ni. Aku bertekad untuk menempah sepasang baju melayu dengan sedikit kelainan. Ala- ala cheong sam sikit. Barulah asimilasi kaum dapat dibuktikan. Aku tempah kat Abby Collection. Biasanya 'abang' Abby ni tak ambik baju raya. Kalau nak kahwin ke, andaman ke, dia ambiklah. Tapi sebab aku tertarik dengan rekaan dan jahitan dia yang kemas. Aku nak jugak dia yang buat. Warna kain pilihan aku kali ini adalah warna ungu. Ada yang same tak? 


Aku gunakan baju kawan aku sebagai sample contoh bagi baju melayu aku yang akan dibuat ni. Yang pakai topi tulah 'abang' Abby. Atau gelarannya Abby Manje. Yang berambut perang tu, Amy atau nama dalam ic Hafiz. Jantina dah convert dah. Haha. 

Kerja dorang ni memang tiptop. Yelah, dorang ni banyak pegang wardrobe untuk event yang glamer dan banyak melibatkan artis. Sekali -sekala rasa nak rasa air tangan orang yang buat baju kahwin artis tak salah kan? Mane tau terkena badi terus jadi artis. 

Dorang ni kuat meraba. Jaga- jagalah. Member aku yang temankan aku waktu ni dah keras pucat dah sebab cuak. Hahah. 

*harap si dia boleh buat baju raya same kaler ngn aku. kan ija?

0 buah fikiran:

Post a Comment

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...