Warung Kopi Klangz: Amukan Imam Mahdi di Putrajaya

Monday 9 July 2012

Amukan Imam Mahdi di Putrajaya



PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi bersama pasangannya, seorang wanita mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada jam kira-kira 2.30 petang itu, seorang daripada suspek terbabit turut meletakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta di perkarangan bangunan berkenaan.


Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das daripadanya terkena pada tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki, manakala satu tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu.

Berikutan itu, kedua suspek terbabit dibawa ke Hospital Putrajaya, sebelum suspek lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


sumber myMetro 

*Kalau nak mengaku Imam Mahdi pon, tak perlulah sampai nak bersamurai.


 *update
dikatakan yang mereka ini adalah daripada puak pembangkang yang melancarkan serangan keatas bangunan kerajaan. 

"Sebenarnya ancaman/serangan baru bermula setelah beberapa saat dua penyerang tersebut lalu di hadapan kereta kawan saya dengan saya penumpangnya. Kami berada di dalam situasi tersebut dimana kereta di hadapan dan di belakang kami telah dilibas dengan samurai oleh penyerang lelaki. Saya tidak ingin membuat spekulasi tetapi cukuplah sekadar saya mengemukakan gambar seperti di bawah. sama2 kita tunggu berita malam ini untuk maklumat lebih lanjut."- saksi kejadian

ini blog si penyerang. Jaya Negara

0 buah fikiran:

Post a Comment

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...