Bila melihat 2 bakul besar kat rumah ni, teringat satu tempat je. Pasar Karat Kuala Lumpur. Bagi yang tak tahu dan belum pernah berkunjung, pasar karat ni bukan lah pasar tani ataupun pasar malam yang tiap- tiap hari rabu ada kat rumah korang. Pasar Karat ni boleh dikatakan pasar lambakan barang- barang lusuh, 2nd hand, baru yang dijual secara terbuka dengan harga yang murah.
Kalau nak pergi, aku boleh bagi nasihat yang kalau korang sampai selepas pukul 5 suku, tak bermaknalah korang datang kerana pengunjung tegar Pasar Karat sudah menanti seawal jam 5.
'Barang yang tinggal semuanya sampah lepas pukul 5.30' kata Ayob, seorang pengunjung tegar selaku kawan aku.
Muka- muka yang korang akan nampak ialah sorang pak cik India yang over reacting dan ramai lagi. Nak barang cun, kena berebut lah. Macam segerombolan kucing berjumpa dengan whiskas tak habis dalam tin.
Masa aku awal- awal datang, aku memang agak excited tengok jenama baju yang dijual. Tapi setelah berguru dengan ramai OL Pasar Karat, aku dapat simpulkan. Ada 3 level jenama yang dapat aku gariskan di pasar karat. Ini bergantung kepada lambakan jenama mahupun ke'rare'an sesetengah jenama. Level dikira dari yang bukan buatan Malaysia dan original value.
Level Adik- Adik
G2000, Forever 21, Polo, Adidas, Puma, Nike, Padini, Seed, Levis, Gap, Lacoste, Bebe, Camel Active, Bonita, Soda, dll
Level Budak Dah Up
Esprit, Hush Puppies, Topman, Samuel and Kelvin Jeans, Zara, Pull n Bear, AX, G-star, Bershka, Bossini, CK, dll.
Level OL
True Religion, Replays Jean, Gucci, Porter, Salvatore Ferragamore, Versace, Hermes, Redwing, Ted Baker dll.
Kalau datang awal, pandai belek baju seluar, boleh jumpa jenama di atas dengan mudah. Ada rezeki, dapat yang rare, harga boleh nego, biasa harga sehelai seluar paling rendah rm3, baju rm1.
Barang elektrik, kasut, helmet, barang antik, hiasan, hinggalah ke Smart Tag. Ada yang elok, ada yang tak elok, tapi boleh baiki.
Sorrylah, memang takde gambar sebab time aku datang, memang 3 jam aku busy pusing- pusing cari barang.
ooo igt kat jb je ade pasar karat. hehe
ReplyDeletelama x pergi pasar karat
ReplyDelete