Warung Kopi Klangz: Pesanan buat bakal isteri

Sunday, 3 June 2012

Pesanan buat bakal isteri

Dalam masa seminggu ni, ramai pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan. Ada yang kahwin seawal usia 20 tahun, ada juga yang sudah berumur 38 tahun. Itu semua bukanlah halangan bagi penyatuan yang disukai Allah ini.

Seorang bayi yang lahir menjadi perempuan
Bila matangnya kini dia gadis,
Sesudah isteri, berdualah sudah
Menjadi ibu itulah perempuan


Apabila duduk serumah, bahkan tidur sekatil. Itu bukan lagi bujang. Hidup bersama, suami dan isteri. Untuk menjadi isteri, banyak persiapan diperlukan, begitu juga dengan si suami. Aku cuba memandang dari sudut si suami dan dapat gariskan beberapa point penting.


Perasaan
Apabila telah berkahwin, kita berkongsi hidup dengan seorang lelaki. Berbeza bentuk badan fizikal, emosi, perasaan, dan gaya hidup. diharap si isteri bolehlah mengawal perasaan apabila bersama dengan si suami. Boleh kurangkan perasaan mengada- ngada dan manja yang terlebih sudah tu. Selain itu, janganlah terlampau emosi apabila mengetahui perangai si suami. Walaupun pada aku, perempuan lebih hipokrit. 



Permakanan
Melibatkan pemakanan dan cara hidup. Si isteri haruslah bersedia untuk mengubah sedikit kitaran hidup sehari- hari yang diamalkan sewaktu masih bujang. Masalah dengan wanita zaman sekarang ni, ramai yang tak tahu masak. Semasa bercinta, mungkin boleh digelak, dijadikan bahan gurauan. Jikalau tidak sibuk, bolehlah memasak di rumah. Bolehlah si suami merasa masakan si isteri. Janganlah sampai tahap keluar makan tiap- tiap hari. 

Paras rupa.
Berhias untuk suami. Janganlah semasa bercinta make up sampai tak kenal, tapi bila dah kawin, bedak asas pon tak ada. Wujudkan keinginan untuk si suami pulang setiap malam. Sewaktu keluar, janganlah berhias yang melampau, dapatkan panduan dari ustazah dan keizinan suami.

Perhubungan
Tak salah menyimpan rahsia, tapi janganlah sampai melanggar tatasusila rukun rumah tangga. Menjaga hubungan yang hangat dan sentiasa berseri itu penting. Isteri bolehlah menghadkan pergerakan dan hubungan dengan lelaki yang bukan muhrim seperti kawan baik, rakan sekerja mahupun bekas kekasih. 
 

5 comments:

  1. tp perempuan akan pnadai masak bila da jadi isteri..

    ReplyDelete
  2. ya,btl jgk ,thanks atas tips nie XD

    ReplyDelete
  3. Relationships end because once the person has you, they stop doing the things it took to get you.

    ReplyDelete
  4. kena betul2 sedia nak jadi isteri nie..hehe

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...