Warung Kopi Klangz: Patah Riuk

Friday 18 May 2012

Patah Riuk

Sudah agak lama pen, kalkulator dan air teh boh menemani aku. Kalau boleh berseloroh dan usik mengusik bersama, mungkin kami dah lama menjadi kawan baik. Nasib baik ada kawan manusia yang silih ganti tidur dan jaga masih berceloteh dengan aku. Kalau tak.


Aku tak pernah suka peperiksaan. eh, silap. Aku tak pernah suka peperiksaan yang susah nak dapat kepujian. Ini semua hasilan carry mark yang rendah berkat kurang meniru dan bertukar kertas dengan orang sebelah. Dunia ni bukannya baik sangat, dan aku rasa dengan tidak meniru, aku telah menjadi jaguh dalam satu kategori yang aku boleh banggakan. Semester depan, aku tekad untuk jadi jaguh meniru. Jangan bimbang, aku masih diri aku walau aku kuat meniru.


Tulang belakang pon dah keras dek kerana meniarap. Aku tak boleh study di meja kerana aku akan berimaginasi bahawa aku sedang bekerja dan ada dateline perlu aku tempuh. Aku akan mengalami gangguan mental dan sekaligus menghilangkan nafsu untuk belajar. 


Teknik aku untuk hilangkan tekanan ialah dengan menonton filem- filem Melayu sekarang. Maaf, aku bukan pembeli dvd original. Tak layak rasanya duit yang warna biru, hijau, merah ni untuk filem- filem sebegini. Kritikan dan gelak tawa aku terhadap kedangkalan idea bernas dan persona seorang bintang filem Melayu amat menyegarkan. Untung jadi orang popular, jatuh pun orang akan kata jatuh yang berkualiti dan jujur. Kipas lebih.


Filem The Avengers yang digembar gemburkan itu membuat expectation aku melambung tinggi. Selepas menonton, it's good, but not great. Menyesal aku terpengaruh dengan kuasa psikik iklan dan trailer. 


Minum kopi, dan sambung balik mengejar ilmu satu semester dalam 23 jam. Hebat tak? Ini belum tolak masa tidur, makan, dan solat lagi. 

1 comment:

  1. waaaaaaaahhhh!!!!
    layan jugak filem melayu akhirnya..
    hehehe..

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...