Warung Kopi Klangz: Nasi Kandar SS2 Percuma Penganti Baskin Robbins

Sunday 5 August 2012

Nasi Kandar SS2 Percuma Penganti Baskin Robbins



Mesti ramai yang kecewa sebab Datuk Lee Chong Wei tak berjaya mengalahkan Lin Dan dengan kemenangan yang penuh drama. Malah, lebih ramai lebih kempunan sebab tak dapat nak merasa aiskrim Baskin Robbins yang mahal tu. Bagi aku, memang mahal pon, siapa kata murah memang anak orang kaya. 

Namun, pengusaha Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar yang sebelum ini akan beri makanan nasi kandar percuma sekiranya Datuk LCW berjaya meraih emas, akan tetap memberikan nasi kandar percuma walaupun beliau hanya mampu meraih pingat perak semalam.

Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar.

“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.”

Menu yang bakal diberi ialah set nasi kandar dan minuman kordial. Bermula pukul 7 malam sampai 10 malam ni :)
Begitulah yang kita nak. Media Prima macam mana? 

2 comments:

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...