BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua
berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum
dan tidak buka (pasang) penyaman udara.
“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai
hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata
ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati
dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di
sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan
Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli
keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu
serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.
Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.
Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama
sumber mymetro.com.my
macam2 org sekarang ni, caye sgt bab2 tahyul ni..
ReplyDeleteastafirulahalazim..apekejadah nye dorang nehh..
ReplyDeletedah tua besar gedabak pun xde otak ke nak pk..hish2..