Warung Kopi Klangz: Of Royalties And Invincibility

Monday 9 July 2012

Of Royalties And Invincibility

Been following this uncle seekers story for weeks.
Until 30 org johor yang mengaku taat setia kepada raja yang berdaulat (wow) buat laporan polis, baru polis ambil tindakan tahan dia, sebab banyak statement yang agak berani dibuat dalam blog dia.

See, Kalau nak ikutkan, banyak sangat libel, defamation and slander yang uncle seekers tu dah buat. Siap ada sokongan testimoni yang lawyer tu bagi. Betul ke tak ini belakang kira sebab kalau nak ikutkan undang undang yang terpakai di Malaysia, sekelip mata je Sultan and kerabatnya boleh saman uncle seekers atas semua penulisan yang dia buat dalam blog.

Tapi all in all, rakyat johor yang taat setia dekat raja jugak yang buat laporan polis. Wouldn't this wow-ing you in a lot of ways?

Skandal itu skandal ini bayar itu bayar ini seleweng itu seleweng ini tapi takde sorang pun manusia yang berani buat blog berani macam uncle seekers. Memang la dia ada reputasi dalam kerja dia dalam cari hantu and all. Banyak lagi putar belit yang buat orang rasa dia ni kuat menipu. Yang aku perasan sangat, every manusia yang claim diri sendiri tangkap hantu and all ni selalu rasa depa ni above all manusia lain yang boleh buatkan hantu cirit birit bila jumpa depa, amazing sangat (sarcastically).

Aku dah lama tunggu orang yang berani buat statement macam tu dekat blog sebab kalau kau orang perasan, sistem beraja kat Malaysia ni memang invincible habis, tak boleh usik langsung, ade je yang melenting nanti.




Kalau hampa semua perasan, even politician dekat malaysia rajin saman orang bila ada orang buat statement yang mampu merosakkan reputasi mereka. This is indeed a good thing sebab kita memang takde hak nak cakap benda yang takde bukti kukuh, so, saman menyaman ni terbukti berkesan dalam membuktikan kebenaran and all walaupun alat yang dipanggil justice ni seringkali disalahguna oleh orang orang yang berkepentingan dan berkuasa. Upah Lawyer je dah makan ribu ribu, sebab tu orang di Malaysia tak kisah sangat kalau kena fitnah ke apa, sebab takde duit nak upah lawyer, what a joke.

Tapi sultan and kerabatnya bukan takde duit, every month pun depa dapat gratuity and whatnot dari consolidated fund. Lagi lagi baru baru ni dia beli plate number yang harganya setengah juta ringgit yang tak tau la apa sebabnya. Mungkin sebab nak teruskan legasi keturunan sebelumnya. Kalau sultan and kerabatnya tak buat salah, kenapa depa tak saman je awal awal? Kenapa takde siapa pun ambil tindakan lagi lagi dari pihak yang terlibat sampai la ade orang yang concern nak buat laporan polis, barulah dia kena tangkap and all.

Months ago few tweeps kena soal siasat dengan polis, sebab putera buat laporan polis atas satu account twitter anonymous yang aku confirm kes dia tak settle, sebab takde langsung press conference dari pihak polis menyatakan ada apa apa tangkapan yang melibatkan trial disebabkan laporan polis yang putera buat. Pantang kena kacau kat twitter terus buat laporan polis.

Tapi bila uncle seekers buat blog yang dah defame and slander sejak dari bulan tiga takde sorang pun kerabat yang berani buat laporan polis. Ple?

Kenapa tak buat laporan polis laju laju macam time ada orang buat pedajal kat twitter tu?

Setakat bising dari twitter apa lah sangat. Tapi bila dah ada pihak yang nyata sudah terang lagi bersuluh buat statement macam tu since march lagi, satu tindakan pun tak diambil. Haha.

Kita selalu nampak kes kes yang melibatkan kerabat diraja tak dibicarakan di mahkamah. Too many of them. Nak sebut satu satu pun dah naik menyampah. Commoners macam aku kau dan mereka yang lain pun dah naik berbulu menyampah bila kes kes tu tak diambil tindakan. I mean, its true, in theory, no one is above the law. Tak kira la kau siapa, tapi secara praktikalnya, most royalties and politician is already standing above the law. Apa guna special court dalam artikel 182 perlembangaan persekutuan tu? Buat ada ada nak sedapkan hati rakyat Malaysia? Nak harapkan siapa kalau takde pihak berkuasa yang ambil tindakan? Lagi lagi bila kau rakyat biasa yang kalau kau mati nazak hilang kena bakar pun tak ada media yang kisah. Jangan marah rakyat sebab marah polis, sebab kalau polis tak buat kerja, rakyat nak mengharapkan siapa lagi?

Cuba hampa bayangkan kalau satu hari nanti hampa kena pijak dengan depa buta buta sesuka hati, tak ke hampa semua rasa menyampah yang amat bila tiada tindakan diambil?

All in all aku salute uncle seekers tu sebab dia berani cakap benda yang dia rasa betul. Siapa lagi yang ada telur macam dia nak dedahkan apa yang selama ni terbuku dalam hati setiap rakyat malaysia yang rasa banyak sangat  grey areas dalam pelaksanaan undang undang di Malaysia ni?

Akhir kata, kau buat lah apa apa yang kau rasa betul lagi lagi bila benda tu ada bukti kukuh dan sahih. Sekarang la masanya untuk lawyer lawyer yang terpekik terlolong jerit pasal hak asasi manusia buat kerja. Ini la limelight yang diperlukan. Bukan berlagak lawyer je bila parti or orang orang yang ada kepentingan buat huru hara sana sini cakap pasal federal constitution and all. Ini la masanya untuk bertindak. Bila lagi anda nak bongkarkan semua salahgunakuasa yang orang orang 'invincible' ni buat?



aku pun rasa aku bila- bila boleh ditangkap dan disumbat masuk jail bila berblog.

1 comment:

  1. ek no komen..tkt nati ciktom plk yg terlibat..hehe

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...