Warung Kopi Klangz: Dilema Bazaar Ramadhan

Wednesday, 25 July 2012

Dilema Bazaar Ramadhan

Beberapa hari sudah kita berpuasa, dan yang pasti, bazaar Ramadhan memang tak lari daripada salah satu perkara yang 'wajib' yang ada di bulan mulia ini. Banyak makanan yang dijual, daripada kuih-muih sehinggalah ke makanan berat dan juadah raya seperti rendang dan juga lemang. 

Warna makanan yang berwarna warni, bau makanan pon power2, sampaiboleh buat air liur kering kat mulut kembali cair. Tapi apa yang menjadi dilema ialah bila bau makanan dan warna makanan yang beraneka kaler tu hanyalah pewarna dan bau rempah. 

Rasa dan kualiti makanan hampeh. Mesti korang pernah hadapinya jugak kan? Untunglah takde pembeli yang rasa dulu makanan tu baru beli. Kalau tak, adelah adegan luah balik makanan, campak kat muka peniaga.

Kesian kat peniaga yang jujur, seharian masak makanan sedap2 untuk dijual kepada pengunjung bazaar. Rosak nama peniaga bazaar oleh sebab segelintir, eh bukan segelintir, hampir separuh peniaga yang tak reti masak tapi reti nak jual je.

Itu tak termasuk harga makanan yang tak masuk akal. Contohnya harga sebiji kuih 60 sen, tapi saiz besar guli. Silap2 tak payah kunyah, terus telan pon boleh. 

 Aku cuba bersangka baik, 'mungkin dia nak kurangkan gula dan garam dalam makanan'. Tapi lama- lama fed up jugaklah.

Btw, hari ini ada member datang ke Klang semata- mata sebab nak berbuka dengan aku. Kitorang berbuka di Kopitiam Pak Li. Makan Nasi Ayam Lemon. Siapa belum try mesti try. Hanya ada di Klang dan Shah Alam saja setakat ini. Pak Li Kopitiam



0 buah fikiran:

Post a Comment

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...