Warung Kopi Klangz: Batman The Dark Knight Rises (2012) Movie Review

Wednesday 18 July 2012

Batman The Dark Knight Rises (2012) Movie Review



Aku telah diberikan penghormatan untuk menonton tayangan perdana The Dark Knight Rises TDKR semalam di TGV Cinemas. Collaboration antara P1 dengan Nuffnang untuk mempromosikan Mifi MF230 yang portable dan mempunyai pelan yang berpatutan memang kenalah dengan character adiwira dalam filem ini, Batman yang mempunyai gadget yang canggih dan power.

Filem ini berdurasi selama 2 jam 46minit ini mengisahkan Bruce Wayne, lakonan Christian Bale yang telah mengasingkan diri kerana menyalahkan dirinya ke atas kematian wanita yang dicintainya, manakala penduduk Gotham City dan Deputy Commissioner Foley pula menyalahkan Batman ke atas kematian Dent. Batman kembali apabila dia merasakan kemunculan dirinya diperlukan oleh kerana kehadiran villain yang memang strong dan power, Bane. Watak Bane yang dibawa oleh Tom Hardy benar- benar merasuk penonton. Dia berjaya membawa watak dengan kerosakan dan jenayah yang dilakukan, dan juga kepercayaannya dan pegangannya terhadap kejahatan.





'My evil is necessary'-Bane


Seline Kyle aka Catwoman
Catwoman aka Seline Kyle juga membantu perjalanan cerita dengan menjadi antara punca kejatuhan dan kebangkitan semula Batman. Seline Kyle cuba untuk memulakan hidup yang baru tanpa kisah silamnya yang hitam. Watak seperti Lucius Fox, Alfred dan Jim Gordon juga lebih hidup kerana wataknya dalam TDKR ini lebih menyerlah dan memberi sumbangan sepanjang perjalanan cerita. Watak Miranda Tate juga diwujudkan sebagai seorang pemegang saham Wayne Enterprises yang mempunyai hubungan dengan Bruce Wayne

Ada satu twist mengenai anak Ra's Al Ghul yang ingin membalas dendam terhadap Batman kerana membunuh bapanya dan juga menunaikan impian ayahnya untuk memusnahkan Gotham City. Watak Robin juga diperkenalkan diakhir cerita walaupun pada awalnya, dia dilihat sebagai seorang polis yang jujur dan amanah.

kawan aku yang excited
Dari segi emosi, Bruce Wayne dapat dilihat sebagai seorang lelaki yang kesunyian dan menanggung penyesalan yang amat mendalam dan dilihat mudah tertarik dengan wanita yang didampinginya. Dia juga dilihat cuba mencari solusi dan kekuatan dirinya untuk bangkit semula menyelamatkan Gotham City

Secara keseluruhannya, filem ini dihasilkan dengan baik dan jalan ceritanya tidak terlampau meleret sehingga membuat penonton kebosanan. TDKR ini juga melebihi expectation dalam erti kata aksi, jalan cerita dan kesinambungan watak. Out of 10, i'll give TDKR 8.5.

Korang bolehlah start menempah tiket dan beramai- ramai untuk menyaksikan Batman:The Dark Knight Rises di pawagam.

*kerana durasi cerita yang panjang dan menarik, sila buang air kecil awal2 supaya tidak menyesal kerana terpaksa ke tandas.

2 comments:

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...