
Filem ini berdurasi selama 2 jam 46minit ini mengisahkan Bruce Wayne, lakonan Christian Bale yang telah mengasingkan diri kerana menyalahkan dirinya ke atas kematian wanita yang dicintainya, manakala penduduk Gotham City dan Deputy Commissioner Foley pula menyalahkan Batman ke atas kematian Dent. Batman kembali apabila dia merasakan kemunculan dirinya diperlukan oleh kerana kehadiran villain yang memang strong dan power, Bane. Watak Bane yang dibawa oleh Tom Hardy benar- benar merasuk penonton. Dia berjaya membawa watak dengan kerosakan dan jenayah yang dilakukan, dan juga kepercayaannya dan pegangannya terhadap kejahatan.
![]() |
'My evil is necessary'-Bane |
![]() |
Seline Kyle aka Catwoman |
Ada satu twist mengenai anak Ra's Al Ghul yang ingin membalas dendam terhadap Batman kerana membunuh bapanya dan juga menunaikan impian ayahnya untuk memusnahkan Gotham City. Watak Robin juga diperkenalkan diakhir cerita walaupun pada awalnya, dia dilihat sebagai seorang polis yang jujur dan amanah.
![]() |
kawan aku yang excited |
Secara keseluruhannya, filem ini dihasilkan dengan baik dan jalan ceritanya tidak terlampau meleret sehingga membuat penonton kebosanan. TDKR ini juga melebihi expectation dalam erti kata aksi, jalan cerita dan kesinambungan watak. Out of 10, i'll give TDKR 8.5.
Korang bolehlah start menempah tiket dan beramai- ramai untuk menyaksikan Batman:The Dark Knight Rises di pawagam.
*kerana durasi cerita yang panjang dan menarik, sila buang air kecil awal2 supaya tidak menyesal kerana terpaksa ke tandas.
Pergh, nak dekat 3 jam jalan ceritanya.
ReplyDeleteterbaikkk.....
ReplyDelete