Warung Kopi Klangz: Pelawak Muda Biadap : Ebby Yus

Friday, 15 June 2012

Pelawak Muda Biadap : Ebby Yus

Ebby Yus
Ebby Yus, seorang pelawak yang tak asing lagi, sering dikenali dengan loghat 'nogori' nya. Dia sering melawak, tapi kali ni dia meluahkan perasaan mengenai pelawak muda yang dikatakan biadap dan tidak menghormati pelawak veteran. 

“Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu"

“Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda"

Tambahnya lagi, perkara ini terjadi bila stesen tv terlampau memanjakan pelawak- pelawak baru yang dikatakan lebih terkenal dan mampu bawa rating yang lebih.

“Sebagai pelakon yang masih mencari rezeki dalam bidang ini, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, menjaga prestasi kerja dan bersaing secara sihat agar terus relevan dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini,” luahnya yang menceburi bidang seni sejak 1983.

teringat aku dulu Ebby Yus ni selalu berlakon jadi watak utama dalam dunia persilatan, silap buat summersault lagi.

 baca lebih lanjut dari sumber

3 comments:

  1. haah... ingt lagi citer Shahadan.. dia silat kucing kot.. faizal husin penjahat sma ngan dia. hahaha

    ReplyDelete
  2. follow sini... jom follow oppa balik.. kite support each other k.. nice blog n entry yg sgt cun !

    ReplyDelete
  3. ckj pun ada perasan juga kadng2... kesian kat yang veteran...

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...