Cantik dari segi mana yang sekarang ni jadi pilihan rakyat sekarang?
'Sedap mata memandang'
'Hot'
'Badan sedap'
Banyak jawapan yang diterima dari dewasa dan banyak darinya yang macam mustahil, satu dalam sejuta untuk jumpa. Apa aku boleh jawab. 'Taste nak tinggi'.
Aku rasa kecantikan dan kehodohan ni telah ditetapkan standardnya sejak azali lagi. Semua manusia dilahirkan dalam keadaan cantik. Jangan sangkal ciptaan tuhan. Aku tak pernah jumpa bayi yang tak comel, jadi hipotesis aku boleh diterima. Janji pembolehubah yang dimalarkan tidak berubah
Semasa pembesaran itu lah yang menjadikan apa kita sekarang. Gigi jongang sebab hisap puting susu lama sangat, mata rabun sebab tengok tv. Macam- macam. Makanan tak jaga, jadi gemuk.Itu semua boleh berlaku.
Pada aku, seorang yang cantik ialah seorang yang bijak, naive, dan sopan. Tak perlu memakai perhiasan sealmari untuk tampak cantik. Itu adalah perhiasan dan anda telah menjadi rak pameran. Syabas.
Cukuplah bersederhana.
Ada yang berbadan besar, namun di mata aku, nampak cantik. Mungkin sebab keyakinan yang datang dari dirinya yang menidakkan perasaan aku untuk berkata ' Dia tak cantik'.
Lelaki buncit dan berjerawat, masih mampu tampil kemas dan macho dihadapan gadis- gadis sekirangya segalanya dilakukan dengan yakin dan tidak berlebihan.
0 buah fikiran:
Post a Comment
macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji