Warung Kopi Klangz: Anak No 4.

Monday, 11 June 2012

Anak No 4.

Okey, akhirnya aku ada keinginan untuk berbelog. Krisis antara aku dan dia makin bertambah parah. Macam kanser tekak pada kotak rokok tu. Teruk. Tapi aku tetap tabah. Bukan tabah untuk menghisap rokok, tapi untuk memperbaiki dan meneruskan hubungan ini. 

Semasa aku tulis ni, aku dalam keadaan meniarap dan lagu Untuk Dia oleh Najwa Latif dijadikan soundtrack untuk post ni.

Aku pernah duduk depan laptop, bukak youtube dan keyboard kat sebelah. Search 'OMBAK RINDU PIANO VERSION'. Belajar perlahan, setiap tiga ke empat saat, aku akan pause untuk ulang balik apa yang aku tengok. Aku dah berjaya mainkan muzik lagu tu tanpa perlu tengok lagi.

Untuk dia. oh! Untuk dia. oh!

Aku pun pernah terfikir betapa koolnya bila masuk The Illuminati dan Freemason. Brotherhood. Ahli semua tolong satu sama lain tanpa mengira kaum. Baru tak rasis. Tapi bila susah nak join, dan semua perkara jahat kat dunia ni, termasuk Malaysia dikatakan dirancang oleh mereka, minat dan keinginan jadi malap dan padam. Baik aku join persatuan anak muda setempat di kawasan aku. Sementa Legacy Club. Bunyik memang tak best. Tapi sorang ahli kami pakai Mercedes Benz SLK 3000. Nampak up sikit. Rasa kaya dah. Macam freemason jugak. Ada kereta mewah.



Tapi walau macam mana aku rasa pun, tak kisah macam mana aku gembira, lepas aku balik rumah, sorang- sorang, aku mesti teringat kat dia. Macam sekarang, aku menulis ni pon, khas untuk dia. Walaupun title ngan isi bukan sepenuhnya mengenai dia. 

Mane lah dia ni. Aku sedih. Jatuh reputasi ganas aku, tapi tak kisah, semua ini adalah 

Untuk dia, oh! Untuk dia, oh!

celaka berhantu lagu Najwa Latif ni.




0 buah fikiran:

Post a Comment

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...