Warung Kopi Klangz: 7 Kesalahan Biasa Sewaktu Memasak

Wednesday 13 June 2012

7 Kesalahan Biasa Sewaktu Memasak

Makanan merupakan antara keperluan asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan hidup. Zaman sekarang ni, kita telah dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan, dari bermacam negara dan gaya masakan tidak seperti zaman nenek moyang kita.

Setiap rumah ada dapur, tak kisahlah berasap atau tak, dan boleh dikatakan hampir semua orang pernah memasak. Maggi dan air masak pon kira memasak. Banyak kesilapan yang kadangkala kita terlepas pandang sebab nak makan cepat takpun janji kenyang.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan ialah :-

1. Mereneh atau Mendidih



Perbezaannya agak kecil iaitu apabila mereneh, buih yang buih datang ke permukaan setiap saat atau dua, manakala mendidih bermakna air pesat berbuih. Nampak kecil dan boleh diabaikan, tetapi bila memasak terutamanya daging, mereneh boleh membuatkan daging lebih lembut dan tidak terburai. Suhu sesuai ialah 82- 94 darjah celsius.


2. Periuk penuh


Yang ni biasa buat. Sebab ape? sebab nak cepat dan taknak masak banyak kali. Kesalahan ini akan membuat makanan bertompok- tompok tak rata sekiranya tidak memberikan bahan-bahan masakan ruang yang mencukupi. Makanan membebaskan lembapan apabila dipanaskan, dan ruang di dalam kuali membolehkan stim dari kelembapan untuk lepas.

3. Minyak tak panas


Walaupun sedang terburu-buru, menunggu minyak dalam kuali untuk dipanaskan boleh memberi perbezaan yang ketara dalam masakan. Menambah makanan ke kuali yang tidak siap akan menyebabkan daging pucat dan makanan laut akan menjadi layu malahan ia juga boleh menyebabkan makanan melekat pada kuali.

4. Tak sabar


Apabila daging yang dimasak siap, mesti baunya buat kita tak tahan dan terus kita makan.Tetapi ini adalah perkara yang paling teruk yang telah dilakukan kerana confirm makanan tu akan tak sesedap yang kita nak.

Jika anda memotong daging terlalu awal, jus dari daging akan hilang, meninggalkan hidangan anda kering. Beri masa daging untuk 'berehat' (lima minit untuk potongan kecil dan sehingga 20 minit untuk seekor). Ini membolehkan jus untuk kembali ke pusat daging dan rasa lebih seimbang.

5. Dari peti ais


Biasa kalau nak masak daging, ayam, hotdog atau burger, biasakan untuk membiarkan bahan masakan diluar dalam 15- 30 minit untuk memastikan suhu bahagian dalam sama dengan suhu bilik. Takde lah jadi kes kat luar panas, kat dalam sejuk.

6. Tak rasa masakan


Yang ni penting, bila nak masak, pastikan rasa makanan supaya rasanya seperti yang diinginkan dan mampu dijamah. Kadangkala resipi yang digunakan kurang tepat dan kalau main ikut je, tak jadi. Nanti tak pasal2 buku resipi kena buang.

7. Terbalikkan makanan


Jangan nak gatal sangat tangan tu nak terbalikkan makanan setiap 5 saat. Bagi masa untuk makanan masak disebelah bawah. Kawal keinginan untuk mengendalikan makanan semasa memasak memang sukar, tetapi mempunyai kawalan diri akan menentukan jika anda mendapat hasil yang bagus atau tak.


Bolehlah perbaiki skill masakan, suami, mertua, anak- anak dan kawan- kawan mesti puji.

7 comments:

  1. Info yg menarik ^_^

    Bru juga nk jinak2 dlm m'masak ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah ade keinginan, terer memasak salah satu skill penting untuk perempuan

      Delete
  2. hehehehhe..biasalah ni berlaku tyme masak...tima kasih share entry ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde hal. utk diri sndri dan orang lain kan?

      Delete
  3. sangat terharu baca entry niee.. thnxs share.. dlm tak sedar yg simple pn blh jd kesalahn time memasak kn.. :)

    ReplyDelete
  4. ooo patutlah kdg2 x brape jadi. hehehe tq ya!!!

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...