Warung Kopi Klangz: Menjadi pacar yang baik

Friday 20 April 2012

Menjadi pacar yang baik

Over the years, aku banyak membaca buku, mendengar kisahan dan tips mengenai dating, mengekalkan hubungan dan mencari cinta sejati. Dan aku rasa hubungan yang telah berjalan selama aku hidup ini, banyak yang tidak berjalan lancar. Contohnya, aku still tak dapat menghilangkan lagi tabiat menjawab bila bertekak dengan ibu bapa aku. aku merasakan yang aku tahu apa yang aku lakukan dan tidak kena dengan apa yang ibu bapa aku cuba sampaikan. 

cukup setakat itu mengenai ibu bapa. 

*********************************************************************

hubungan aku dengan seorang perempuan telah berjalan selama 6 tahun dan aku walaupun tidak lagi semesra dulu, masih lagi berusaha untuk mengekalkannya. Even banyak perkara yang dilakukannya tidak kena pada sudut pandangan aku. Aku rasa yang dia tidak patut buat banyak perkara kerana agak bahaya dan liar (pada aku). Menjadi pacar yang baik tidaklah semudah menjadi seorang doktor ataupun posmen kerana telah ada satu garis panduan yang betul. 


Untuk menjadi pacar yang baik, aku telah cuba pelbagai pendekatan yang diusulkan dari pemikiran aku berdasarkan sumber- sumber yang didedahkan kepada aku. Antaranya ialah 

komunikasi. 

Berkomunikasi adalah salah satu perkara asas. hubungan tidak boleh berjalan tanpa komunikasi. bagi aku, bergaduh adalah salah satu komunikasi dan aku sering berkomunikasi dengan cara ini. selagi ada komunikasi, aku yakin yang sesuatu hubungan masih ada. 

hati

Takde hati, mati. sains sendiri dah merungkaikan yang tanpa hati, badan manusia akan mati. begitu juga dengan hubungan, hati perlulah ada kerana dari hati wujud perasaan yang berjuta macam. cinta dan kasih sayang adalah perkara yang patut ada untuk hubungan itu wujud. bagi aku, kasih sayang itu lebih penting dari cinta, kerana setiap orang ada perasaan itu. cinta pula hanya wujud pada orang yang bertuah, dan mencarinya. yang duduk diam saja, susah nak dapat.

komitmen

seriuskah kita bila berhubung? well, take it serious. semua perkara akan menjadi bila kita serius dan komitmen dalam hubungan. ada tanggungjawab untuk terus menyerikan lagi suasana. komitmen yang kurang akan buat hubungan retak. 

setia

dengan nisbah perempuan yang agak berat sebelah, lelaki seakan- akan mempunyai pilihan yang banyak dan berkecenderungan untuk mempunyai ramai perempuan. kahwin 4 tu tak payah dicerita. kesetiaan perlu kerana dari luar, macam- macam jarum akan mencucuk dan mencuba nasib. Dari kedua belah pihak. So, kekuatan haruslah ada bagi mengekalkan hubungan yang sedia ada.



aku rasa banyak lagi yang perlu aku pelajari, dan aku masih ingin belajar. 


*ini bukan guidebook, sekadar cara dari aku yang masih belum puas bercinta dengan dia.

2 comments:

  1. lagi satu, cari activities baru yang blh dilakukan bersama. blh mengeratkan hubungan :)

    p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...