Warung Kopi Klangz: konklusi budak MARA mengenai PTPTN

Friday 20 April 2012

konklusi budak MARA mengenai PTPTN

muka akhbar dengan jaya ada satu lagi isu hangat mengenai pinjaman PTPTN. hal Anwar yang nak mansuh PTPTN dengan ada kondisi- kondisi tetap, namun tak dinyatakan dalam akhbar pro-kerajaan. mahasiswa menjerit dengan semangat di Dataran Merdeka walaupun bilangan mereka boleh digelakkan oleh seramai umat kerana tidak mendapat sambutan walaupun hebahan melalui saluran media alternatif rancak dioperasi. #occupydataran di twitter, dan di blog- blog student.

apa yang aku didedahkan hanyalah pada isi perbualan rakan - rakan sekelas mengenai isu ini. Bunga pinjaman PTPTN yang macam along yang dikatakan hanya mengisi perut orang atasan dan juga bagaimana poyo mamat yang berlagak sasa memakai baju merah menghadap penjelasan pak cik DBKL. Isu gaji diungkit oleh mahasiswa iaitu mereka yang membayar gaji DBKL, oh lupa, kondisi mereka menentang PTPTN, hutang. Kaya mereka dengan hutang dan gaji DBKL.



seksualiti merdeka punya aktivis wujud di situ? bersangka baik boleh mengaitkan dia sebagai mahasiswa mahupun orang yang ditindas oleh PTPTN tu. atau sekadar seorang yang gemar berpiket bagi menuntut segala- gala.


Bagi pelajar Mara, Malaysia patut memberi pelajaran percuma kepada sesiapa yang betul- betul ada spesifikasi ketat. Contohnya, miskin dan tidak memakai kereta dan motor untuk berpiket, tidak memakai baju berjenama untuk berpiket dan juga mampu bersolek dengan blusher dari Maybelline.


Pelajar Mara juga merumuskan pengajian di IPTA sudah cukup murah dan mampu milik dengan mengaitkan seorang pelajar PTPTN yang menyambung pelajaran dengan bekerja membaiki penghawa dingin dan masih mampu bertunang tanpa menjemput rakan- rakannya.


secara kasarnya, berpiket tidaklah begitu sesuai, perjuangan itu hak masing- masing, tak layak dinilai oleh sudut bias orang lain. namun, gaya perjuangan dan cara menyuarakan kadang kala menimbulkan sesuatu yang tidak enak untuk ditelan apatah lagi dihadam.


ini satu video dari wall facebook seorang kawan. kalo ini anda, anda boleh berpiket.


3 comments:

  1. lama xjumpa sean..falsafah falsafah..

    ReplyDelete
  2. welcome back :) best writing here

    ReplyDelete
  3. asalkan secara aman dan tidak mengganggu pelajaran, demolah sampai lebam :)

    p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...