Warung Kopi Klangz: Hard truth #2 : pelajar zaman sekarang

Sunday 29 April 2012

Hard truth #2 : pelajar zaman sekarang


Hard truth kembali lagi.
Bukan nak bangkang, tapi nak cerita,
Kalau tak cerita, nanti tak tahu
Tak tahu itu jahil.




Sejak kecoh pasal pelajar UPSI, Adam Adli, #OccupyDataran dan demo mansuhkan PTPTN. Majoriti masyarakat membuka mata ke arah mahasiswa. Seakan mahasiswa kini semakin berani bersuara dan membuat perubahan untuk negara. Kononnya.

Pelajar zaman sekarang ramai yang sudah lari daripada nilai pelajaran dan erti kata pelajar itu sendiri.

Mahasiswa kini sesuatu yang boleh dipolitikkan untuk kepentingan sesuatu parti.

Mahasiswa kini sudah mampu bertindak ganas dan memberontak.

Mahasiswa kini banyak yang menjadi sampah dari sampah sarap.

Oleh kerana banyaknya ipta, ipts dan kolej- kolej, semua orang mampu belajar, boleh ada pendidikan yang tinggi asalkan ada kemahuan dan kemampuan. Pinjaman dan biasiswa banyak ditawarkan kepada lepasan SPM ataupun yang dari diploma ke degree tak pon master.

Sebab itu, nilai mahasiswa jatuh, seperti jatuhnya nilai matawang semasa inflasi. Diploma dan sijil seperti SPM, Degree macam diploma, apatah lagi SPM dan PMR semata- mata. Memang kena layanan kedua lah datang dengan SPM dan PMR saja. Dah ada degree pon boleh jadi Inspektor kat PDRM.

Belajar tinggi2, bayar yuran mahal2 nak ambil kos pengajian yang senang lulus, janji ade degree. Lepas tu, kerja yang bukan2, ala. ade degree kan?

Kehidupan kini semakin mudah dengan menjadi mahasiswa, tiket wayang, bas, karaoke, restoran. Semua menawarkan potongan dan keistimewaan. Lemak pon naik dan menambahkan penyakit.

Kehidupan barat diterapkan sepenuhnya, duduk serumah dengan mempraktikkan coed style. Campur la lelaki ke perempuan ke bapok ke. Bebas.

Bila malam, mencari port- port makan yang menarik, berjalan tak tentu hala. Hidup bebas. Duit ada dari PT takpun Mara. Padahal makan dengan seketul lauk dan nasi sudah mencukupi. Baju seluar tak mau kalah, seluar nak evisu takpon replay ori, baju fred perry butik. Mewah-mewah. Ibu bapa bila sayang anak sangat, macam ini lah jadinya. Jadi anak sampah.


Itulah dia pelajar zaman sekarang. Aku pon salah seorang mahasiswa. Aku cakap untuk diri aku. So, jangan melenting.

4 comments:

  1. pelajar dulu dan skrg sama jer.. tetap boros.. org bagi ptptn untuk guna pendidikan.. sebaliknya beli motor la.. hp la... fikir balik... salah guna kemudahan la 2.. masa pinjam.. dan guna tak fikir.. masa nak bayar liat... www.redlomo.com :)

    ReplyDelete
  2. apa nk jadi dengan pelajar sekarg. da pandai2 hutang, tak nak bayar lak.. dah lah pinjam berpuluh ribu.

    ReplyDelete
  3. student...lg2 student yg masih REMAAJA...heee..sng sgt terrpengaruhh..dan MEMBERONTAK...heeee...bru nk jd MANUSIA ..kn...
    haa..mahsiswa..mahsiswi...skrg memg suke enjoy..tp x sume..well..im PROUD TO BE TEENAGER !

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...