Warung Kopi Klangz: Bersih 3.0 Putrajaya dan tuntutan

Friday 20 April 2012

Bersih 3.0 Putrajaya dan tuntutan




aku dapat rasakan yang pelukis karikatur ini amatlah pro- kerajaan. aku cuba menilai daripada sudut yang ketiga iaitu dari pandangan pemerhati. Ambiga ditaja oleh NDI. NDI ialah satu agensi yang memang mahu menjatuhkan kerajaan. Well, kerajaan kita yang korup ni pon, kalo dah jatuh, keadaan jadi lagi kacau bilau. Takkan nak sampai RAMD turun? Apa yang akan jadi lepas tu?


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0?  Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor


Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Bersihkan senarai undi - SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.
Reformasikan Undi Pos - Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.
Gunakan Dakwat Kekal - Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
Akses Media yang Bebas dan Adil - SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.
Tempoh Kempen Minima 21 Hari - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.



 dipetik dari sumber

2 comments:

  1. mari membersihkan malaysia... kotor sangat buang sampah merata-rata :)

    p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
    Rahsia menjana RM45,000 dari laman komuniti!!

    ReplyDelete
  2. sen...ulamak tu...
    jangan di pekotak katik kan..
    nanti kene tsunami

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...