Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi. Mandi tula kadang2 lambat sikit sebab diselangi dengan online. Bad habit kot. Rutin harian after bangun tidur. Hari Ibu dalam famili aku biasa2 je, xde sebarang hadiah grand2 mcam set periuk atau baju baru, barang kemas apatah lagi. Biasanya kitorang akan beli satu kad sempena Hari Ibu, no music, sbb aku rasa bunyi tu mcam ganggu. Kalo mp3 xpelah.
Kad itu akan disign oleh semua ahli family basic dalam family tree. Dan sedikit ucapan. Time tulis ucapanla lawak sikit, aku akan suro adik2 tulis dulu. Seganlah kalo adik2 baca. Aku akan tulis "Selamat hari mak, mak!". Sebab aku tak panggil ibu, mcam tak kena je aku rasa.
Teringat aku satu berita dalam blog luar negara. Apatah namanya. Cerita pasal Hari Ibu yang malang. Mmg seo abeslah tajuk. So, aku bukaklah. Dekat arab kot. Seorang ibu ni mempunyai dua orang anak, satu laki satu perempuan. Mmg susah. Satu hari si ibu dah xde duit untuk beli makanan. Terpaksalah dia mencuri roti dan daging. Dia dikejar dan menyorok di dalam rumahnya. Tuan punya kedai tak puas hati dengan wanita itu lalu memecah pintu.
Si ibu dah menyorok di dalam almari. Lelaki tersebut ternampak anak si ibu dah bertanyakan ke mana wanita td. Si anak td dengan sejujur2 alam, pergi bukak almari dan menarik perempuan itu keluar. Di luar, si ibu diikat dan dibaling sayuran busuk. Bagi aku kesian gila lah. Time jatuh hari ibu plak tu.
Tu saja. Salam
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 week ago
ala..sedihnyaa...tapi anak tu bukan sengaja.mungkin dia kecik lagi.mane leh pikir logiknye
ReplyDelete