Warung Kopi Klangz: covetous and thwart

Wednesday, 4 May 2011

covetous and thwart

aku menulis kali ini menggunakan 80 peratus hati dan 20 peratus akal. sudah pasti bukan proportion yang baik untuk menulis entri di blog. Ini bukanlah satu entri lelucon atau infotainment, tapi luahan perasaan. 

Aku sehingga detik ni tak dapat nak arrange dan manage hidup aku dengan baik dan betul untuk melalui masa depan yang mencabar. Tapi, usaha untuk arrange dah ada, dengan mula mengemas baju sendiri, mengangkat cawan selepas minum dan bangun tidur mengikut perkiraan orang kebanyakan. Bagi orang macam aku, some part dari diri aku sedang nak berubah dan sebahagian lagi, menolak perubahan ini. Macam civil war. Tewas, aku jadi macam dulu. Berjaya, jadilah baru sedikit. Seperti kereta yang baru tukar cat, semangat driver dan penumpang meningkat. Psikologi semua tu dan aku pun tak lari dari perkara itu.


Semalam, eh tak, kelmarin charger aku meletup semasa aku sedang charge dan call. Macam mercun dengan percikan api yang menakutkan. Aku dah terbayang telefon aku meletup dan telinga aku terbakar. Scary. Akibat beli barang buatan Cina yang tak dipiawaikan. Walaupun tak boleh nak kerling mata tengok telinga, aku tetap sayangkan telinga tu. Selepas tu, aku mesej si dia. Aku memikirkan langkah untuk membeli charger. Poket kosong, wallet pon kosong. Kad bank tak diganti- ganti. Menunggu adik yang bangun lambat memang menyukarkan aku untuk gerak bersama. Gerak sendiri, bosan. Well, untuk telefon yang selalu ditopup rm3 dan rm5, pengguna setia sos topup, takde kerja lain melainkan untuk menghubungi dia sahaja. 

Keesokannya, selepas pergi kejauhan untuk mencari charger yang rare, aku balik rumah dan terus charge. Harapan hanya satu. Bila dah penuh bar bateri . Aku kol dan msg. ........ ......... ........

HAMPA. 



2 comments:

  1. haish.nasib baik okei tlinga tu :)

    ReplyDelete
  2. charger meletup ? perghh..bahaya tol.

    Berusaha jadikan hari ini lebih baik dri smlm dn hri esok lebih baik dri hari nie k ;D

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...