Detik 7 Jun menyaksikan seorang lelaki mempunyai seorang adik lelaki dan akan menjadi abang kepada 5 orang adik. Seusia 2, 3 tahun, dia mula menunjukkan kecenderungan untuk meneroka dan keluar dari kepompong duduk dan lihat. Mahu saja dia keluar dari tubuh badan ini kerana langkahnya itu tak mungkin dapat menapak ke seluruh muka dunia. Aktiviti gembira jadi amalan dan disukai. Tak perlu difikirkan jika tidak benar mengganggu pemikiran. Prinsip masih belum expired date.
Menetap di Klang yang terkenal dengan kepadatan pendatang dari seberang. Keunikan itu lah yang dijaja oleh warga. Silalah datang ramai- ramai ke sini. Kenapa dengan penulisan ini? Takde masalah. Sekadar memperkenalkan hero dalam cerita ini. Ape? dah ada masalah sekarang?
***
Kisah manusia takkan sama dan berbeza dari setiap pemikiran. Perkataan yang ditulis juga tidak sama. Kembar juga boleh berbalah mengenai isu politik dan video hitam putih.
sayuran: Copy saja berita dan headline suratkhabar. Ubah font dan warna. Mesti ramai pembaca
tiada kelainan.
binatang: Bergedik santai dengan kisah hidup yang berkisar hanya 5- 10 minit. Panjanglebarkan dengan penggunaan bahasa berlebihan. Mesti ramai pembaca.
bosan dan muntah depan komputer
batu: jadilah pemuitis dan penulis penuh sastera dan mematuhi aspek penulisan yang jujur dan ditulis .bukan dicopy dan dipaste kemudian publish.
****
Pemandu Skyline GTR peniaga yang gah. Gah memandu. Gah berpakaian. Namun dia tidak gah di jalanan di waktu pagi dan senja.
Pemandu Saga seorang pekerja biasa. Gah dengan kebiasaan. Gah dengan keselesaan. Namun dia tetap gah di dalam komuter ketika melihat pemandu Skyline GTR terhimpit di tengah jalan.
"abe, teh o beng so!". lelaki tua berpakaian kemewahan bermakan- makan beef steak menjeling ke arah Ipad yang dipegang si pengorder tadi.
0 buah fikiran:
Post a Comment
macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji