Warung Kopi Klangz: CONTEST ENTRI PALING KENCANG

Monday 18 April 2011

CONTEST ENTRI PALING KENCANG

 aku karangkan sebuah kisah untuk cik angin





Ada seorang lelaki bernama Muhsin yang menderita akibat kanser hati dan kanser itu sudah tak dapat dirawat lagi kerana sudah masuk peringkat akhir. Lelaki itu berumur 21 tahun dan dia hanya menunggu masa untuk mati sahaja. Sepanjang hidup remajanya dihabiskan di rumah kerana keadaannya yang sebegitu dan dijaga dengan penuh kasih saying oleh maknya yang sudah tua. Muhsin meminta kebenaran kepada maknya untuk keluar berjalan untuk sekali saja kerana ingin merasa keadaan di luar.

Maknya memberi kebenaran dan mengingatkan supaya pulang awal. Muhsin berjalan melepasi kawasan perumahannya dan melintas di depan sebuah kedai cd. Kemudian dia berpatah balik kerana menyedari ada seorang gadis yang betul2 cantik dan dia merasakan yang dia jatuh cinta kali pertama. Dia membuka pintu kedai dan terus masuk. Matanya tidak berpaling kepada apa pun kecuali kepada gadis tersebut. Akhirnya Muhsin semakin dekat dengan kaunter pembayaran dan pertanyaan.

Gadis itu menegurnya dan bertanya, “Boleh saya bantu?”. Muhsin merasakan bahawa itulah senyuman yang paling cantik pernah dia lihat dan seperti mahu saja dia menciumnya.

Muhsin menjawab, “Haa? Ermm.. Saya mahu membeli cd.” Dia memilih satu cd dan mengeluarkan dompetnya untuk membayar.

Gadis itu kemudiannya berkata,“Nak saya bungkuskan?” Dia tersenyum dengan senyuman yang menawan lagi

Muhsin mengangguk dan gadis it upon pergi ke belakang buat seketika. Gadis itu keluar dari belakang dan memberikan cd yang telah dibungkusnya kepada Muhsin. Semenjak hari itu, Muhsin pergi ke kedai cd itu untuk membeli cd dan meminta gadis itu untuk membungkusnya. Dia masih terlampau malu untuk berkenalan dengan gadis di kedai cd itu. Maknya dapat tahu mengenai perkara itu dan meminta Muhsin agar tak mensia-siakan lagi peluang ini

Dengan mengambil nasihat maknya,Muhsin kembali ke kedai cd itu pada keesokkan harinya dan membeli cd seperti biasa. Apabila gadis itu ke belakang untuk membungkusnya, Muhsin mengambil kesempatan untuk meninggalkan no telefonnya di atas meja dan kemudian lari.

!!!RRRRRING!!!

Mak Muhsin mengangkat telefon, “hello?”

Si gadis itu menelefon. Gadis itu menanyakan mengenai Muhsin dan maknya mula menangis dan berkata, “Kamu tak tahu? Dia sudah meninggal dunia semalam”.

Talian telefon senyap dan hanya tangisan si ibu itu yang kedengaran


Keesokan harinya, mak Muhsin masuk ke bilik arwah anaknya untuk mengemas barang peninggalan anak kesayangannya itu. Apabila membuka almari, terdapat berpuluh- puluh cd dengan bungkusan yang masih belum terbuka. Dia terkejut dan membuka salah satu cd milik anaknya itu.

Satu kertas kecil terjatuh dari bekas cd tersebut dan dia mengambilnya

Ianya tertulis. “Salam, awak. Boleh tak saya berkawan dengan awak? Ikhlas dari Ija

Dia membuka lagi cd

“ Hi! Bolehkah awak temankan saya makan tengahari? - Ija

Tangisan kedengaran sekali lagi.


PENGAJARAN : Be bold. Berani mengatakan cinta dan buangkan ego dan malu.


5 comments:

  1. ouhh man . bagus cerita ni .

    thanx joinn . insya allah ade rezeki .

    :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..kwn aku pnye kejala..aku just post je kt blog ni ;D

    ReplyDelete
  3. haha ko pemalu ke muhsin? ;p gudluck ! :)

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...