Warung Kopi Klangz

Friday, 3 August 2012

Putus Cinta. Telan 80 Biji Pil Darah Tinggi


ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.

Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.
“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.

“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” katanya, di sini, semalam.

Kata sumber itu, pada hari kejadian remaja lelaki terbabit berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu.
Menurutnya, dia dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.

“Lelaki itu dipercayai menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya sendiri.
“Remaja itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

AFK

I will be away from WKK to take care of my personal things. I'll be right back in few days.

Tuesday, 31 July 2012

5 Tempat Selalu Jadi Pilihan Ponteng Puasa

Puasa dah masuk 10 hari dan hari ini kita akan bercerita tentang port- port yang selalu orang pergi untuk ponteng puasa dan beli makanan dengan selambanya. 

1. McDonalds Drive Thru


Yang ni paling selalu dan kerap kita lihat. Drive thru antara pilihan utama sebab tak perlu beratur dan menghadapi pandangan orang Islam yang lain. Lagi2 ada McValue Lunch. Tak percaya try pergi tengok.

2. Pusat Snuker


Kalau main snuker masa malam- malam tu takpelah nak smoke, beli roti air semua. Tapi kalau time siang pon same, macam mane? Sebab jarang orang nak pergi snuker ni, melainkan yang nakal- nakal.

3. Karaoke



Yang ni memang sah lah. Time bulan puasa pergi karaoke, tekak mesti kering, dahaga semua. Confirm beli air, dan kalau ade jual makanan, beli jugak lah. Mane dapat nak makan kat luar

4. Cybercafe


Cybercafe ni jadi port popular budak sekolah menengah. Sambil- sambil main game tu, hisap rokok dan minum air teh o ais ikat tepi menjadi pemandangan biasa di bulan Ramadhan

5. Tandas

Ini bagi perokoklah sebab rokok antara salah satu penyebab besar orang ramai tidak berpuasa. Tak makan minum takpe, tapi bila datang bab rokok, susah nak tinggal. Kunci pintu, bukak paip, hisap rokok. Orang pon tak tau yang hisap rokok tu Islam atau bukan Islam.


Banyak lagi tempat yang boleh disenaraikan sebab manusia ni, kalau bab- bab cenggini, memang pandai guna akal. Ade je macam- macam cara dan tempat boleh difikirkan. 

Btw, selamat berpuasa :)

Hari Raya Give Away (Julai – Ogos 2012) – 1st Give Away by mfadhlan.com

Hah, arini aku nak share satu giveaway yang betul2 best dan masyuuuuk dari Mfadlan.com


Sebab apa masyuk? Sebab korang boleh menang dengan hanya like fanpage blog ni dan ikuti perkembangan blog ni.

Hadiah yang super masyuk untuk raya ni.

Tempoh pertandingan:  20 Julai 2012-20 Ogos 2012
Hadiah(Updated 19-Jul-12)
1st- Wang tunai RM150
2nd- Wang tunai RM100
3rd- Wang tunai RM50
4th~5th- Wang tunai RM25


Siapa nak bagi give away untuk raya ni kan? sape2 nak join bolehlah tengok kat sini

Monday, 30 July 2012

J Sze, Gadis Cina yang Berhujah Pasal Kelebihan Puasa

Xifu Naser


J SZE adalah gadis cina, 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah2nya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkena spt dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf etc dan di sana beliau menakjubkan ramai bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an
J Sze dan Xifu Naser


 



Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...