Warung Kopi Klangz: [Video]: Polis Pukul Pekerja Hotel Dengan Pistol- CCTV

Wednesday 18 July 2012

[Video]: Polis Pukul Pekerja Hotel Dengan Pistol- CCTV


Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Video yang memaparkan keganasan polis yang menyalahgunakan kuasa ini. Bagaimana kalau polis ni baran dan terus tembak pekerja hotel ni? Adakah time tu baru kita nak bising maki hamun semua benda ni?





1 comment:

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...