SHAH ALAM: Pelakon filem Appalam, Raja Ilya mengakui
dia hampir mahu membunuh diri akibat tertekan kerana putus tunang
selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar hampir dua
tahun lalu.
Raja Ilya, 27, berkata, tindakan itu dibuat selepas tunangnya nekad
meninggalkannya akibat menerima tekanan daripada pihak keluarga lelaki
yang malu dengan penyebaran gambar itu.
"Ketika gambar itu disiarkan dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan kami telah pun bertunang.
"Saya telah diberi kata dua oleh keluarga tunang sama mahu memilih
kerjaya sebagai pelakon atau pun bersama tunang? Jadi, saya membuat
keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya semata-mata untuk bersama
tunang ketika itu. "Tetapi isu gambar tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan kami awal tahun lalu.
"Akibat daripada kejadian itu saya menjadi tertekan sehingga
menyebabkan saya mengambil pil tidur berlebihan. Perbuatan buruk saya
itu menyebabkan nyawa saya hampir-hampir melayang,"
Tambah Raja Ilya, akibat perbuatan itu, hampir dua minggu dia terlantar di hospital kerana menghadapi masalah buah pinggang.
Dalam pada itu, Raja Ilya mengakui telah bergaduh besar dengan
seorang wartawan yang menyiarkan gambar tersebut selepas setahun
menyimpan perasaan marah.
Dia terserempak dengan wartawan tersebut dalam sebuah kapal terbang semasa ingin ke sebuah destinasi.
"Saya tidak faham mengapa dia ingin berbuat begitu kepada saya sehinggakan hidup saya hampir-hampir musnah.
"Ketika itu juga pelbagai masalah menimpa diri saya tambahan pula
emak saya disahkan menghidap kanser. Bayangkan perasaan saya ketika itu.
Memang saya bertekak dengan dia dan dia berjanji untuk membersihkan
nama saya. Saya akan pegang pada janji itu," ujarnya.
Sementara itu, Raja Ilya berkata, dia sudah bersedia untuk kembali
bangkit dan membina nama sebagai pelakon yang disegani di negara ini.
Katanya, cukuplah setahun setengah dia membazirkan masa dengan
bersembunyi dan setia kepada lelaki yang tidak menghargai cintanya.
"Saya sudah tidak kisah apa yang orang ingin kata tentang saya kerana apa yang penting keluarga tahu apa yang saya buat. Sekarang adalah masa untuk memperkenalkan kembali nama saya yang sudah tercalar," katanya.
Raja Ilya bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Mana Hilangnya Juwita di saluran Astro Ria bermula 9 Julai ini, pukul 10 malam.
sumber mstar.com.my
0 buah fikiran:
Post a Comment
macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji