Warung Kopi Klangz: Najib Pemimpin Berpengaruh dalam Dunia Twitter

Saturday, 28 July 2012

Najib Pemimpin Berpengaruh dalam Dunia Twitter


Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.
Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada 254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka.
Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam paling popular yang "tweets properly" hanya 30 daripada 254 ketua negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter.
Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat hari ini, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 'following'. Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.


teringat pulak yang kebanyakan follower Najib ni adalah account inactive dan hanya ada default pic macam ni. Tapi takpelah. kita fikir positif.


6 comments:

  1. Hidup ben korrie!!
    Awas anda di perhati...nanti masuk jail...main kutuk2 pm..kutuk member xpe..x kene masuk jail..kita kan manusia pm kan de greatess x ley kutuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *greatest. oh my english! takpe, kebenaran kalau diperkatakan. tak salah. kalau masuk, kita lawan.

      Delete
  2. Kalau Pemimpin pun kita lawan inikan mak ayah kita kan? huhu *mata ke atas, tangan ke dada*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau salah, kita lawan, tak salah kita follow.

      Delete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...