Warung Kopi Klangz: Luna Maya Dengan Kekasih Baru?

Friday 6 July 2012

Luna Maya Dengan Kekasih Baru?


PENYANYI dan pelakon Luna Maya menafikan sudah mempunyai kekasih baru dan sedang hangat bercinta dengan seorang pemilik restoran di Jakarta, Indonesia.

Luna berkata, dia mengenali lelaki tersebut tetapi memberitahu mereka hanya kenalan rapat dan masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta buat masa ini.

"Tidak benar, lelaki itu hanyalah kenalan saya dan saya tidak faham mengapa orang boleh mengaitkan saya dengannya," katanya.

Baru-baru ini, media di Indonesia melaporkan dia sudah pun mempunyai kekasih baru apabila gambarnya bersama lelaki berkenaan telah tersebar menerusi internet.


"Kasihan kawan saya itu kerana telah menjadi mangsa gosip. Kami telah berbual melalui telefon dan hanya ketawa dengan perkhabaran terbaru itu," katanya.

Luna turut menjelaskan ketika foto itu diambil mereka keluar beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah lokasi.


Camne la Ariel. Sedih je. Huhu

sumber mstar.com.my

0 buah fikiran:

Post a Comment

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...