Warung Kopi Klangz: Korek Hidung Semasa Berpuasa. Penjelasan?

Monday 23 July 2012

Korek Hidung Semasa Berpuasa. Penjelasan?


Semasa dalam perjalanan menuju ke Setia City Mall kerana kawan nak pergi tengok- tengok barang, Kay Maggot, member aku tiba- tiba bukak cerita pasal korek hidung. Katanya Ustaz Azhar Idrus cakap kalau time puasa, tak batal kalau korek hidung. Bertekak jugaklah sebab aku kurang yakin dengan jawapan dia.

Sebab apa tak batal? Merujuk balik kepada perkara yang membatalkan puasa iaitu

Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja


korek hidung tidaklah termasuk kedalam perkara yang disengajakan apabila gatal dalam hidung tiba- tiba menyerang. Hurm. Bagaimana ye? Oleh sebab kemusykilan yang amat, aku google cari jawapan. Jawapan paling sahih aku dapat ialah.

jawapan: 
Menurut pendapat yang muktabar dalam kalangan sarjana Fekah Mazhab Syafii, tidak batal puasa dengan sebab memasukkan sesuatu ke dalam hidung ataupun telinga melainkan sampai kepada had batin. Menurut satu pendapat, had batin bagi hidung ialah melepasi tulang hidung dan had batin bagi telinga pula adalah sampai kepada gegendang telinga.



 

boleh korek hidung, tapi takleh syok2 sampai hujung dunia korek. 

7 comments:

  1. Em, betul jugak. Takkanlah hidung gatal sangat..nak tahan je. hahaha.

    ReplyDelete
  2. aaa setuju2..heheh

    my blog http://www.kotak-lirik-lagu.com

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Oh my english. I win again. btw, kau tak menang, kau cerita takde bukti, sebab tu orang tak percaya

      Delete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...