ARAU: Seorang warga emas menerima 14 jahitan di kepala selepas
ditetak dengan senjata tajam dipercayai pedang oleh penjenayah, hanya
kerana ingin menyamun seutas gelang emas bernilai RM2,000.
Kejadian berlaku di Kampung Felda Chuping, di sini, ketika mangsa,
Rokiah Sirun, 78, sedang memberi makanan kepada kucing di belakang
rumahnya pada kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.
“Saya langsung tidak sedar dia datang dari belakang dan melibas
pedang ke kepala saya. Tiba-tiba saya rasa sakit dan basah di belakang
kepala sebelum rebah,” kata Rokiah.
Akibat mukanya jatuh tersembam ke atas batu, wanita itu turut menerima tiga jahitan di dahi.
Akibat mukanya jatuh tersembam ke atas batu, wanita itu turut menerima tiga jahitan di dahi.
Rokiah berkata, selepas meragut gelang emas bernilai RM2,000 yang dipakainya, suspek melarikan diri kerana menyangka dia sudah mati berikutan berlumuran darah di kepala.
0 buah fikiran:
Post a Comment
macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji