Warung Kopi Klangz: Kata laluan berurut

Thursday 28 June 2012

Kata laluan berurut



KUALA LUMPUR: Menggunakan kata laluan ‘Stok Kereta Baru’, sebuah premis pusat urut yang dikunjungi penjawat awam diserbu dalam operasi di Kota Damansara, di sini kelmarin.
Serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu, seramai 20 orang ditahan termasuk sembilan pelanggan iaitu tujuh daripadanya penjawat awam, tujuh pelacur warga Vietnam dan empat lelaki dipercayai penjaga pelacur terbabit.


Operasi dilakukan Bahagian Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu mendapati premis berkenaan sudah beroperasi sejak setahun lalu dengan berselindung di sebalik lesen perniagaan kecantikan dan kesihatan.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Emmy Shah Fadhil berkata, ketika serbuan dua pelanggan melakukan hubungan seks, manakala selebihnya menunggu giliran.






Katanya, dengan menggunakan kata laluan ‘Stok Kereta Baru’, pelanggan boleh melanggan pelacur baru dengan harga antara RM130 bagi urutan badan dan RM180 untuk perkhidmatan seks.


“Hasil penyamaran yang dilakukan, kami menahan 20 orang termasuk sembilan pelanggan, tujuh pelacur dan empat penjaga.



“Dua penjaga cuba menipu kami dengan mengaku sebagai pelanggan, namun terbongkar selepas melihat buku catatan di dalam premis serta kondom di dalam beg galas mereka,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, enam wanita ditahan tidak mempunyai pasport dan seorang lagi gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.



sumber mymetro

0 buah fikiran:

Post a Comment

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...