indah dan nyaman. Rasa jerebu sudah tawar sedikit dek kerana hujan malam tadi. Berterusan lah hujan. Baru sejuk macam kat Genting. Sedap sikit nak update blog.
Aku bukan nak jadi pakar kaji cuaca. Cukuplah input yang aku dapat serap dari rancangan MHI kali ni. Kalau tak tengok, tak rugi pon.
Aku kadang kala terfikir apakah hala tuju blog ni. Adakah mau jadi blog sensasi artis? kisah diri aku? fakta- fakta best dan pelik?
Dulu blog ni aku rasa lawa. Nama blog ni pon aku ambil masa untuk tentukan. Siap ada listname lagi. Makeover dan buat balik berulang kali.
Tup- tup,
Tak aktif setahun.
Aktif balik, rasa gatal nak menulis bila dah pakai unifi ni. Aku tengok blog budak umur 13 tahun lagi stail bentuk blognya berbanding aku. Rasa macam pak cik yang tak pernah guna internet pula. Ketinggalan jauh. Lagi jauh benua Antartika tu.
Aku tengok ramai dah blogger masuk paper dan majalah. Lelaki dan perempuan. Gaya perempuan yang kebanyakan penulis blog kadang- kadang memang membakar hati. Gaya mengalahkan orang yang tak bertudung. Riak. Baju dan seluar yang ketat tak zoom, tak snap, yang snap tudung berlapis atas kepala tu. Bosan aku.
Aku tak tau nak tulis apa. Sambung tidur lagi baik. bye. ::)
0 buah fikiran:
Post a Comment
macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji