Warung Kopi Klangz: Kenangan menjelang raya #2 Kehilangan dan Kehadiran.

Sunday, 28 August 2011

Kenangan menjelang raya #2 Kehilangan dan Kehadiran.

Bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita, dan Syawal bakal menjelma. Aku sendiri kurang sembahyang terawih mahupon bangun pagi pada 10 malam terakhir ni. My bad. 

Hari Raya Aidilfitri dirasakan lebih bermakna dalam hidup kita apabila dapat diraikan bersama rakan- rakan rapat dan juga kaum keluarga. Kehilangan dan kehadiran baru orang dalam hidup kita sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam hidup kita.

Antara kehilangan yang dirasakan oleh keluarga aku ialah kematian arwah embah (panggilan orang jawa bagi nenek) aku. Kematian tidak disangka- sangka. Sudah beberapa tahun berlalu, namun aku masih terkenangkannya waktu nak dekat- dekat raya ni. 



Yang kedua ialah arwah Cu (Pak Cik Bongsu) aku. Berita tentang kemalangan yang menimpanya turut dimuatkan di akhbar- akbar waktu itu. Antaranya ialah Utusan Malaysia dan Berita Harian

keratan berita

Penerbit RTM terbunuh kereta dirempuh pacuan empat roda

KUALA LUMPUR 22 Jun – Seorang penerbit rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagaikan tahu beliau akan meninggal dunia apabila memilih lagu berjudul Selamat Tinggal sebagai lagu tema penutup rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitannya pagi ini.
Lagu dinyanyikan kumpulan Titiwangsa itu menjadi penutup rancangan terbitannya sebelum beliau terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 59, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Kuala Kubu Bahru dekat sini petang ini.
Kemalangan berlaku pukul 1 petang ketika mangsa, Noor Azaha Rasadi, 33, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Proton City, Tanjung Malim, Perak selepas selesai bertugas.
Noor Azaha terbunuh selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mahendra Scorpio.
Kereta Mahendra Scorpio itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 51 tahun bersama isterinya yang berusia 50 tahun.
Kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan terbabit menghampiri persimpangan ke Kuala Kubu Bahru.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di tengkuk meninggal dunia di tempat kejadian manakala pasangan suami isteri terbabit tidak mengalami kecederaan.
Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan itu.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Noor Azaha yang berasal dari Kampung Malim Nawar, Perak sudah lapan tahun bertugas di RTM, meninggalkan isteri, 
Naida Khalil dan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amirul Hakimi, Muhammad Umar Qhaliff dan Nur Nisrina Nabihah.



Tak sampai 2minggu selepas kematian Ucu, Tok pulak menyusul kembali ke rahmatullah. Mungkin Tok terlalu merindui Ucu. Time raya. Moga-moga mereka bertiga ditempatkan di kalangan roh2 orang yg beriman.


Ayah Chik dapat anak lagi, mak aku yang cakap. Dapat sepupu baru. Harap2 dia dah boleh keluar dari inkubator.

Yang terakhir, raya ni aku beraya sebagai seorang yang single. Mungkinkah? Hmm. Ntahlah. 

0 buah fikiran:

Post a Comment

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...