Aku ingat lagi, bila esoknya nak raya je. Aku mesti kecewa, sebab kat tv semuanya tengah takbir raya. Takde cerita yang best. Mula- mula kecewa lah. Lepas tu, aku dan siblings aku semua sebok tengok tv, teka artis mana yang tengah takbir tu. Yang biasa duduk depan seingat aku ialah geng2 nasyid Raihan, Rabbani, Hijjaz. Yang belakang plak pelakon dan penyanyi. Aku pon pergilah takbir sekali. Tapi tak lamalah sebab aku nak ke..
DAPUR
Aku paling suka tengok mak ngan bapak aku masak. Dorang memang nampak rapat even dah berpuluh tahun kahwin. Periuk besar, kuali besar mesti ada. Kalo korang nak tahu, family aku termasuk mak bapak aku ada 7 orang, so layaklah dengan kuantiti makanan yang banyak. Antara faveret aku ialah RENDANG TOK, LODEH denganlah AYAM MASAK KICAP.
Makan dengan nasi himpit dengan lemang memang nikmat. Lagi satu, kat rumah aku tak bakar lemang n masak ketupat ni. Semua segera. Lemang rebus je. Maklumlah, rumah teres sahaja. Aku selalulah kena marah dengan bapak aku sebab sebok tengok dia ikat lemang tu.
Malam tidur lambat sebab aku selalu ikut abang aku. Bukan keluar mana mana. Kadang- kadang baca komik, tengok cerita takpon main game. Takpon aku g bilik adik2 perempuan aku, sembang2. Rancak kemain lagi waktu tu. Biasa akan dimarahi oleh bapak aku sebab esok nak bangun awal. Dah besar pon still jugak aku buat. Habit kot.
PAGI RAYA
Pagi raya aku memang tak berapa suka. Bukan sebab taknak sembahyang raya. Even malas- malas pon aku gagahkan jugak. TapI kes serabut nak cari butang baJu MelAyu dengan songkok. Songkok mesti tertukar. Pastu sarapan takde. Kena tunggu lepas sembahyang. Aku dengan kelaparannya pergi bilik makan dan sental yang mana sempat. Nak sampai masjid je, bapak aku bagi sorang RM1 suro derma kat masjid. Sampai sekarang aku rasa cara tu releven untuk ajar anak supaya jadi pemurah dan suka bersedekah.
Aku sambung lain kali pulak.
0 buah fikiran:
Post a Comment
macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji