Warung Kopi Klangz: Bergaul dengan golongan hot

Friday, 24 June 2011

Bergaul dengan golongan hot

Bila dah lama tidak menulis di dalam blog yang serba sederhana dan kekurangan ni. Penulisan menjadi tumpul dan kurang berseri. Berkarat atau hilang taring?  atau muka yang ganas sudah menjadi jambu? pedulikan. Yang pasti, aku akan menulis selagi mampu.

Golongan hot. Hot dalam erti kata stail, cantik, pandai berpakaian, seksi? dan lain- lain. Bila aku yang biasa ni nak bergaul dengan golongan macam ni. Timbul satu perasaan rendah diri. Well, itu perkara yang normal. Aku nak buat2 diri aku hot, memang susah sebab aku ni jenis tak suka terlampau menjaga penampilan just kerana aku nak bersosial.

Ambil contoh paling mudahlah. Dalam facebook, siapa suka add lelaki hensem atau perempuan yang cun dan lawa padahal tak pernah kenal pon? Biasa akan reply 'thanks sudi approve' or 'thanks for add'. Tak pon pergi like status and komen gambar2 dorang dengan harapan akan diberi perhatian. Ok, pernah buat tak?

Back to real life,

Budak lelaki n perempuan sekalian.

Nak bergaul dengan mereka ni tak lah sesukar mana kerana mereka bukanlah manusia ajaib mahukan alien.
Antara cara yang boleh digunakan ialah
Kenali cara hidup mereka, perbuatan, percakapan dan minat mereka.

Perempuan ini boleh didekati dengan mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam bidang yang perempuan itu minati. Contohnye, photography, music, art, extreme activities and so on. Anda boleh dekati mereka dengan membuat mereka kagum dan bangga. Bukan satu contoh yang baik untuk diamalkan dalam pergaulan. Namun, ianya boleh digunakan untuk membina hubungan.

Penampilan yang terlampau selekeh, kurang sesuai dengan keadaan semasa dan juga outdated perlu dielakkan. Bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian, tak perlulah nak rojakkan bahasa. Just bahasa tu biar bagus dan tidak terlampau pasar.


Compare kan diri. Ada sama?

Lepak
Ok, semua orang mempunyai tempat untuk hangout dan lepak yang berbeza mengikut keadaan sosial setiap orang. Diorang ni ada sesetengahnya suka berjalan, shopping, doing activities yang jarang dan kurang dilakukan. Ape contohnye, tengok sekeliling.

Ok, yang lelaki mudah untuk mendekati lelaki yang lain kerana lelaki ini kurang songeh dan mudah ramah. Tapi, bukan semua kerana ada diantara mereka yang memandang paras rupa dan penampilan seseorang yang bakal mereka jadikan kawan.


Itu saja kot. Tak la membina sangat. Tp okla ek??

0 buah fikiran:

Post a Comment

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...