Warung Kopi Klangz: Tikaman and Tikawoman

Tuesday, 3 May 2011

Tikaman and Tikawoman

First of all, aku nak transliterate apa itu Tikaman dan Tikawoman, from its meaning and its pronunciation. Tikaman disebut dengan 'man' itu dieja dengan 'man' yang sama dengan Superman ataupun Batman. Tikawoman pon samalah. Tikaman dan Tikawoman ni istilah baru. Aku wujudkan khas kepada golongan itu. Aku rasa aku patut tulis perkara ni supaya para Tikaman dan Tikawoman ni berjaya dihapuskan dan dunia kembali aman.

Apa itu Tikaman dan Tikawoman? 0,o??
Aku akan buatkan korang paham dengan golongan ini melalui sebuah cerita. Korang pon paham dan tak bosan, aku pulak boleh menulis dengan penuh penghayatan dan imaginasi

Di sebuah kota metropolitan yang serba pantas dan maju iaitu Landen, berjalanlah seorang anak muda yang bersemangat dan smart. Carlos nama yang digunakan walaupun pada apa- apa borang, nama Kamarul Imran bin Junid yang ditulis. Maklumlah, duduk di kota Landen. Dia akan menghadiri satu temuduga bagi job jawatan yang diimpikannya selama ini, iaitu menjadi penyunting majalah. Dan berkat doa ibu- bapanya dan pengetahunnya dalam bidang fesyen. Dia akhirnya berjaya. Dia memulakan kerjanya dengan baik dan dia sering menyuntikkan idea yang agak bernas dan mendapat puji- pujian dari bossnya. Carlos banyak mendapat rakan sekerja yang baik antaranya ialah Daniel dan Selena. Pujian melambung telah menimbulkan perasaan iri hati dan tidak senang pada Daniel. Lagi- lagi bila Carlos berjaya ayat Selena yang merupakan pujaan hati Daniel. Oleh itu, Daniel menjalankan satu rancangan. Jahat punya. 

Keesokan harinya, Carlos, diberikan notis pemecatan. Dia dituduh mencuri dan barang curi itu dijumpai didalam laci meja Carlos. Carlos tak diberikan peluang untuk membela. Daniel dinaikkan pangkat sebagai penyunting majalah.


Daniel ialah Tikaman.


Farah mempunyai teman lelaki baru, Leman. Mereka memang bahagia. Farah mempunyai kawan baik bernama Sharifah. Sharifah kurang menyenangi kebahagiaan Farah dan secara diam- diam mula menyukai Leman.  Pada suatu hari, Farah mendapat panggilan telefon dari Leman yang mahukannya turun ke bawah apartment untuk berjumpa. Farah merasakan sesuatu yang aneh sedang berlaku apabila nada suara Leman sedikit keras. Apabila sampai, dia dapati Leman ada bersama Sharifah. Leman bertanyakan kepada Farah, adakah dia pernah terlanjur dengan ex nya yang dulu. Farah merenung mata Arifah dengan keadaan marah dan sedih, kerana hanya kawan baiknya saja yang tahu perihal kisah lamanya. Farah akhirnya mengaku. Leman kemudian mengambil keputusan untuk berpisah. Farah tidak menyangka yang Sharifah akan berbuat demikian.


Sharifah ialah Tikawoman. 


Mereka ialah golongan Tikaman dan Tikawoman. Golongan yang tidak boleh melihat kesenangan dan rezeki orang lain, lalu mengambil keputusan untuk memperolehinya walaupun melalui jalan yang salah dan keji.





3 comments:

  1. ayat baru bro??meh nk join skali..
    mangkokman..best gak an bunyi dia??hahha

    ReplyDelete
  2. @husairi zulkifli sape mangkokman? kau ke? kalo kau mangkuk? aku lah penghayunnya. haha

    ReplyDelete

macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji


Feel free to condemn, just this time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...