Dikatakanlah oleh orang dahulu kala, terdapat satu lelaki remaja funky hunky dan stail yang memerintah daerah Klang sebelah selatan. Dia melakukan pengembaraan untuk ke kedai bagi membeli sebatang rokok. Oh, tidak, bukan sebatang, mungkin dua atau tiga. Tak lengkap rasanya hidup jika tidak melakukan rutin hariannya. Dan dia dicemuh oleh pemerintah Klang yang lain
"Perjalanan kau ni perjalanan menuju kematian"
Kata- kata itu dikeluarkan oleh seorang pemerintah yang tak kalah gayanya, ada rakyat jelata yang mengatakan dia menyerupai Jay-Z yang memerintah daerah New York. Namun, di sini, dia memerintah Klang di jajahan utara. Katanya lebih baik berpesta, dan melakukan ritual wajib iaitu sasau bagi menyihatkan tubuh badannya. Dibenarkan ulamak poilitk terkemuka. Tak perlu ke padang bola. Cukup sekadar tempat yang penuh dengan gerombolan manusia yang berjoget, asap yang penuh dan bass yang kuat.
"Dua- dua pon samalah"
- seorang Raja berkata-
Dua pemerintah diam. Mahu membenarkan titah mereka.
Who is STUPID? tak nak mengaku? ok, Stupid ialah
0 buah fikiran:
Post a Comment
macam tulah baru member, tulisan yang membina memang dipuji